Siapa je tidak kenal dengan seorang remaja lelaki yang mahir dengan kesan efek khas di Instagram dan Youtube, iaitu Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank96, sehingga menjadi perhatian negara luar termasuk selebriti antarabangsa seperti Will Smith?

Baru-baru ini, anak muda yang berasal dari Kelantan dengan pengikut di Instagram lebih 570 ribu ini telah berkongsi satu video pendek bertajuk J A R A K, yang mengisahkan tentang dua orang sahabat menyambut hari raya bersama, namun hanya menerusi panggilan video.
Advertisement


Video yang baru dimuatnaik oleh Sofian ini nyata berjaya menarik perhatian ramai yang menyifatkan ia sangat 'relate' dengan situasi semasa dunia ketika ini dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Instagram