Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pekerja Pembersihan Yang Pertama Terima Vaksin COVID-19 Di India

Seorang pekerja pembersihan, Manish Kumar menjadi individu pertama di India yang menerima vaksin COVID-19 pada Sabtu.

pekerja pembersihan yang pertama terima vaksin covid-19 di india

Perdana Menteri India, Narendra Modi, sebelum ini telah melancarkan antara program vaksinasi terbesar di dunia dalam usaha mengekang penularan virus itu, dilihat cuba menahan sebak ketika memberi penghormatan kepada petugas kesihatan.

Advertisement

“Wabak ini mengasingkan orang daripada ahli keluarga dan ibu-ibu daripada anak, manakala mereka yang menjadi korban penyakit ini tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga mereka,” kata Modi.

Golongan pertama yang menerima vaksin COVID-19 di India termasuk petugas barisan hadapan seperti pekerja kesihatan dan pembersihan, diikuti warga emas berusia lebih 50 tahun serta pesakit yang berisiko dan mengalami gejala teruk COVID-19.

Negara India merupakan negara kedua terjejas teruk akibat pandemik itu selepas Amerika Syarikat, sehingga kini mencatatkan 10,555,559 jumlah kes, dengan 152,266 kematian akibat COVID-19.

pekerja pembersihan yang pertama terima vaksin covid-19 di india

Sumber: [1] [2]

ERA Muzik Hit Terkini