Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, negara itu akan mengeluarkan penawar chloroquine, iaitu ubat anti-malaria yang akan diuji sebagai rawatan COVID-19.
Menurut beliau, penawar tersebut akan diekstrak dari pokok cinchona yang biasa didapati di negara Indonesia.
Advertisement

"Tidak ada ubat atau antivirus untuk COVID-19, tetapi kita mengambil pengalaman dari negara-negara lain, chloroquine didapati dapat digunakan untuk membantu pesakit sembuh dari penyakit," katanya.
Penawar ini turut diuji oleh negara Amerika Syarikat selepas disyorkan sendiri oleh China yang mendakwa ia berkesan dalam merawat penyakit ini.

Bagaimanapun, seorang lelaki di Arizona, Amerika Syarikat dilaporkan maut manakala isterinya pula kritikal selepas memakan ubat terbabit.
Menurut CNN, chloroquine adalah antara bahan yang biasa digunakan untuk mencuci tangki akuarium.
Penawar ini masih di bawah percubaan klinikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bersama dengan ubat anti-flu favipiravir, yang juga dikenali sebagai Avigan; gabungan dua ubat HIV, lopinavir dan ritonavir; dan penawar Ebola.