Indonesia telah mengumumkan pembatalan Ujian Nasional atau peperiksaan persekolahan bagi sesi 2020 ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menurut Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Nadiem Makarim berkata, pembatan peperiksaan dinegara itu meliputi Sekolah Dasar (di Malaysia UPSR), Ujian Nasional di peringkat Sekolah Menengah Pertama (di Malaysia peperiksaan PT3), dan Ujian Nasional Sekolah Menengah Atas (seperti peperiksaan SPM di Malaysia).
Advertisement
Tambahnya lagi, pembatalan itu adalah disebabkan faktor keselamatan dan kesihatan kerana Ujian Nasional 2020 akan melibatkan lapan juta pelajar.

Selain itu, pemerintah Indonesia juga tidak menggalakkan ornag ramai untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidilfitri pada Mei nanti.
Ini adalah kerana, lebih 260 juta orang di negara itu akan bergerak secara besar-besaran setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri.
Dikhuatiri lebih 600,000 warga Indonesia berisiko positif COVID-19, dan jumlah itu berkemungkinan meningkat berdasarkan kontak positif mereka.
Sumber: Sinar Harian