Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, negara Indonesia telah mengisytiharkan bahawa cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri akan dibawa ke bulan Disember.
Keputusan itu dibuat selepas pemerintah negara berkenaan risau dengan tradisi mudik lebaran (balik kampung sempena hari raya) yang jadi acara tahunan akan menjadi penularan COVID-19 lebih sukar dikawal.
Advertisement
Mudik lebaran sudah menjadi kewajipan bagi sebilangan besar rakyat Indonesia terutama mereka yang mencari rezeki di bandar. Lazimnya, golongan ini akan pulang beramai-ramai ke kampung halaman pada minggu akhir bulan Ramadan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemerintah Indonesia meramalkan seramai 20 juta rakyatnya akan terlibat dalam acara mudik ini, dengan sejumlah kecil daripadanya sudah pun pulang ke kampung halaman meskipun ditegah oleh pihak berkuasa ekoran daripada wabak COVID-19 yang kini melanda.
Disebabkan itu, Menteri Koordinasi Pembangunan Sumber Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy mengumumkan cuti umum Aidilfitri sebelum ini pada 26 hingga 29 April akan dibawa ke 28 hingga 31 Disember tahun ini.
Sumber: Awani