Meskipun pandemik COVID-19 masih lagi belum reda, Indonesia telah membuat keputusan awal untuk membenarkan rakyatnya bermudik atau pulang berhari raya di kampung pada Aidilfitri tahun ini.

Demikian yang diperjelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Maritim Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata kerajaan terpaksa berbuat demikian atas faktor ekonomi walaupun mendapat tentangan dari masyarakat.
Advertisement
"Pertimbangan kami ialah untuk mengelakkan ekonomi daripada terhenti sepenuhnya.
"Selepas kami mengambil kira segalanya, tidak melakukan kawalan pergerakan ialah pilihan terbaik dalam banyak-banyak pilihan lain. Berdasarkan semua pertimbangan ini, kami telah menasihati Presiden dan beliau bersetuju bahawa (jika kita halang perjalanan besar-besaran balik kampung), ia akan beri kesan kepada golongan berpendapatan rendah.", katanya seperti dipetik dari Awani.

Beliau juga berpendapat, cuaca panas dan lembap di negara itu akan merencatkan penularan jangkitan virus itu daripada terus merebak.
Tambah lagi, jika dihalang sekalipun, rakyatnya akan tetap pulang berhari raya.

Sumber: Awani