Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Indonesia Bina Pusat Angkasa Lepas Pertama, Jadi Lokasi Pelancaran Roket

Indonesia dilaporkan bakal membina pusat angkasa lepas pertama mereka di Biak, Papua yang juga bakal menjadi lokasi pelancaran ujian roket.

indonesia bina pusat angkasa lepas pertama, jadi lokasi pelancaran roket

Perkara ini disahkan oleh Institut Aeronautika dan Angkasa Negara (Lapan).

Advertisement

“Kami akan membina (pusat angkasa) seperti tapak pelancaran roket Lapan yang ada di Garut Selatan (Jawa Barat).

“Bagaimanapun ia akan menjadi lebih besar supaya boleh digunakan untuk pelancaran ujian roket lebih besar.

"Biak dipilih sebagai lokasi pembinaan ruang angkasa lepas baru kerana kawasan yang luas itu dianggap ideal bagi menyokong rancangan Lapan bagi melakukan pelancaran ujian roket lebih besar pada 2024,” kata Ketua Pusat Kajian Penerbangan dan Penerbangan Aeronautik Lapan, Robertus Heru Trijahyanto.

Tambah lagi, menurut ketua Lapan, Thomas Djamaluddin, ruang angkasa lepas baru yang dirancang ini akan membantu Indonesia menguasai teknologi dan operasi untuk pelancaran satelit.

Mereka juga merancang untuk melancarkan satelit dan roket sendiri diruang angkasa Indonesia. Perancangan ini dijangka selesai sebelum 2024.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini