Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Indonesia Kejut Orang Ramai Untuk Sahur Guna Pesawat Pejuang

TNI Angkatan Udara adalah satu cabang angkatan perang dan merupakan sebahagian dari Tentera Nasional Indonesia (TNI).

indonesia kejut orang ramai untuk sahur guna pesawat pejuang

Advertisement

Bersempena dengan bulan ramadan kali ini, pasukan tentera udara itu akan mengejutkan orang ramai untuk bersahur, seperti yang dilaporkan menerusi akaun Twitter mereka, @_TNIAU.

Ia juga sebagai latihan kepada pasukan mereka yang akan diadakan dibeberapa kota di Kepulauan Jawa, iaitu Surabaya di Jawa Timur, Surakarta, Klaten dan Sragen di Jawa Tengah dan Yogyakarta.

indonesia kejut orang ramai untuk sahur guna pesawat pejuang

“InsyaAllah, kita akan membangunkan tradisi sahur menggunakan pesawat tempur”, tulis mereka menerusi Twitter.

Mereka akan menggunakan dua jenis pesawat tempur iaitu jenis F-16 dan T50i.

Menurut jurucakap TNI Angkatan Udara, Col. Sus M. Yuris berkata, ia juga merupakan latihan untuk tentera mereka yang boleh bertugas tanpa mengira masa.

Sumber: Kompas.com

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini