Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tempoh Kuarantin Di Indonesia Dikurangkan, Hanya 3 Hari Sahaja Kuarantin Untuk Pelancong Asing

Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing, dikurangkan kepada tiga hari berbanding lima hari sebelum ini untuk masuk ke Indonesia.

tempoh kuarantin di indonesia dikurangkan, hanya 3 hari sahaja kuarantin untuk pelancong asing

Advertisement

Pengumuman itu disampaikan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto untuk mengalu-alukan individu ke Indonesia dan memudahkan mereka ketika memasuki sempadan negara tersebut.

“Peraturan ini terpakai kepada pengembara antarabangsa yang memenuhi syarat, termasuk lengkap divaksin dan negatif ujian saringan COVID-19 berdasarkan keputusan ujian PCR (ujian Tindak Balas Berantai Polimerase) sebelum berlepas, selepas ketibaan di Indonesia, dan pada hari terakhir kuarantin,” katanya.

tempoh kuarantin di indonesia dikurangkan, hanya 3 hari sahaja kuarantin untuk pelancong asing

Malah, pengembara domestik juga diwajibkan untuk individu lengkap vaksin dan bagi mereka yang hanya menerima satu dos vaksin COVID-19 perlu menunjukkan keputusan negatif ujian swab antigen atau ujian PCR.

tempoh kuarantin di indonesia dikurangkan, hanya 3 hari sahaja kuarantin untuk pelancong asing

Trend penurunan kes COVID-19 di Indonesia membuatkan keputusan itu dilakukan bagi merancakkan ekonomi negara.

Setakat ini, pelawat dari 19 negara, termasuk China, Perancis, New Zealand dan Emiriah Arab Bersatu, dibenarkan melancong ke Bali.

Sumber: Bernama
 

ERA Muzik Hit Terkini