Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jakarta Dijangka Tenggelam, Indonesia Nekad Pindah Ibu Negara Ke Kalimantan

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk memindahkan ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan.

jakarta dijangka tenggelam, indonesia nekad pindah ibu negara ke kalimantan

Advertisement

Beliau yang lebih dikenali dengan nama panggilan Jokowi kini sedang dalam usaha meminta persetujuan Parlimen agar menandatangani satu persetujuan bagi memindahkan ibu negara mereka.

“Saya meminta kebenaran anda untuk memindahkan ibu negara kita ke Kalimantan.

“Sebuah ibu negara bukan hanya simbol kepada identiti sesebuah negara tetapi juga mewakili kemajuannya,” kata Jokowi kepada ahli-ahli Parlimen dengan merujuk kepada bahagian Borneo yang dimiliki Indonesia.

jakarta dijangka tenggelam, indonesia nekad pindah ibu negara ke kalimantan

Jakarta adalah salah satu bandar mega yang dijangka satu pertiga daripada bandar ini akan tenggelam menjelang tahun 2050 berdasarkan keadaan semasa peningkatan paras air laut, penyusutan simpanan air bawah tanah dan juga corak ancaman cuaca semasa.

Bagaimanapun, Jokowi tidak pula mendedahkan lokasi tepat untuk ibu kota baharu Indonesia dan juga perincian terkini berhubung prises perpindahan akan berlaku.

Sumber: Kosmo!

ERA Muzik Hit Terkini