Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mula Benih Awan, Indonesia Tak Mahu Lagi Jadi Punca Jerebu

Saban tahun, masalah kebakaran hutan di Indonesia sering menjadi masalah utama kepada jerebu di kawasan Asia Tenggara.

mula benih awan, indonesia tak mahu lagi jadi punca jerebu

Oleh itu, bagi mengelakkan ia berulang sama tahun ini, Indonesia dilaporkan telah memulakan pembenihan awan bertujuan menghasilkan hujan bagi mengelakkan kebakaran hutan berlaku lagi tahun ini.

Advertisement

mula benih awan, indonesia tak mahu lagi jadi punca jerebu

Operasi pembenihan awan sudahpun mulai dilakukan sepanjang dua minggu lalu di kawasan panas seperti Riau dan akan menggunakan kaedah sama di kepulauan Borneo.

Jurucakap Agensi Penilaian dan Penggunaan Teknologi (BPTT), Tri Handoko Seto berkata, pihaknya mengambil langkah pembenihan awan ini sebelum kebakaran hutan bermula sambil memfokuskan kawasan tanah gambut yang kering dan juga kawasan penanaman.

Walaubagaimana pun, Seto berkata kebakaran hutan mungkin akan berlaku juga namun ia tidaklah seteruk tahun lalu.

Untuk rekod, kebakaran hutan tahun 2019 merupakan yang terburuk pernah berlaku sejak 2015 berikutan cuaca kering, hingga memusnahkan kawasan seluas 1.6 juta hektar di Sumatera dan kepulauan Borneo.

mula benih awan, indonesia tak mahu lagi jadi punca jerebu

Ia menyebabkan jerebu teruk di Asia Tenggara sehingga banyak sekolah terpaksa ditutup sementara.

Sumber: The Borneo Post

ERA Muzik Hit Terkini