Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tragedi KRI Nanggala: Indonesia Henti Usaha Kumpul Serpihan Kapal Selam

Usaha mengumpul serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 telah dihentikan Indonesia secara rasmi yang tenggelam di perairan Bali pada 21 April lalu.

tragedi kri nanggala: indonesia henti usaha kumpul serpihan kapal selam

Advertisement

Menurut Jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono, beliau mengesahkan pencarian itu sudah tamat.

“Usaha menyelamat sudah tamat,” katanya sambil menambah, sebahagian kapal itu akan terus kekal di dasar laut.

Tambahnya, usaha mencari dan menyelamat masih gagal biarpun sudah mengumpul serpihan KRI Nanggala dari kedalaman lebih 800 meter.

tragedi kri nanggala: indonesia henti usaha kumpul serpihan kapal selam

Malah, bantuan pasukan China terhadap pasukan Indonesia juga telah dilakukan lebih 20 kali selaman untuk mengumpul gambar, video dan bahagian kapal yang tenggelam itu.

Terdahulu, KRI Nanggala 402 hilang selepas memohon untuk melakukan selaman ketika sesi latihan tembakan torpedo di perairan Bali.

Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia dan India turut membantu operasi mencari dan menyelamat kapal selam tersebut.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini