Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Influencer Britain Nekad Buat ‘Plastic Surgery’ Mahu Kelihatan Seperti Bintang K-pop

Seorang pempengaruh media sosial menerima kecaman netizen akibat tindakannya yang menjalani 18 pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Jimin BTS, bintang K-pop popular dari Korea Selatan.

influencer britain nekad buat ‘plastic surgery’ mahu kelihatan seperti bintang k-pop

Advertisement

Oli London menjadi perbualan hangat warganet apabila dia sanggup menghabiskan wang sebanyak £75,000 (RM430,000) pada Oktober 2018 hanya mahu wajah sama seperti bintang Kpop kegemarannya.

Kini, lelaki dari Britain itu membelanjakan lebih £100,000 (RM574,029) untuk pembedahan lain.

influencer britain nekad buat ‘plastic surgery’ mahu kelihatan seperti bintang k-pop

Menerusi ciapan di laman Twitternya, dia berkongsi video wajah terkini selepas menjalani pembedahan mata dan pembedahan menaikkan wajah serta keningnya.

“Akhirnya saya menjadi ‘orang Korea’. Saya sangat teruja kerana akhirnya saya mempunyai mata seperti mereka.

“Selama lapan tahun ini, saya sudah terperangkap dalam tubuh orang lain dan saya tidak rasa seperti diri sendiri,” katanya.

Namun, kenyataannya itu menimbulkan kemarahan warganet yang menganggap dia menggunakan budaya kaum lain dengan cara yang tidak sepatutnya.

“Jika anda ingin menjadi orang Korea, anda hanya perlu berpindah ke sana dan memohon kerakyatan (Korea Selatan). Ini (tindakan London) adalah sangat tidak sopan,” komen salah seorang warganet.

Sumber: Allkpop

ERA Muzik Hit Terkini