Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Disangka Hidap Tumor Pada Paru-Paru, Rupanya Lelaki Ini Tertelan Kon Trafik

Lelaki berusia 47 tahun dari England kini boleh menarik nafas lega apabila ketumbuhan yang dikesan pada paru-parunya sebenarnya adalah kon trafik mainan.

disangka hidap tumor pada paru-paru, rupanya lelaki ini tertelan kon trafik

Selepas mengalami batuk berpanjangan hampir lebih setahun, lelaki berkenaan merujuk pada hospital di Preston, England. Doktor yang melakukan imbasan pada paru-paru pada mulanya menyangka onjek asing itu adalah sejenis ketumbuhan kerana lelaki tersebut adalah seorang perokok tegar.

Advertisement

disangka hidap tumor pada paru-paru, rupanya lelaki ini tertelan kon trafik

Memetik laporan The Guardian pula, kon mainan itu merupakan hadiah yang diterima pesakit ketika berusia 7 tahun. Pesakit turut mengakui pernah menelan permainan ketika zaman kanak-kanak, namun tidak menyangka ia terperangkap di paru-parunya.

disangka hidap tumor pada paru-paru, rupanya lelaki ini tertelan kon trafik

Sumber: The Guardian

ERA Muzik Hit Terkini