Seorang wanita pada mulanya menyangkakan batu melayang mengenai cermin hadapan keretanya, namun selepas diperiksa nyata ia adalah seekor kura-kura!

Latonya Lark, dilaporkan sedang memandu disebuah lebuh raya bersama adiknya pada 12 Mei lalu, dan sedar ada objek seakan batu yang terbang melayang di udara.
Advertisement
Objek itu menuju tepat kearah keretanya dan mengenai pada cermin hadapan. Beliau memberhentikan kenderaan dibahu jalan dan terkejut apabila mendapati objek tersebut adalah seekor kura-kura.

Latonya dan adiknya percaya bahawa kereta hadapan mereka ketika itu telah melanggar kura-kura berkenaan, menyebabkan ia terbang keudara dan mengenai cermin hadapan kereta mereka.
Haiwan tersebut juga telah dibawa ke hospital haiwan yang berdekatan, namun ia tidak dapat diselamatkan kerana kura-kura berkenaan sudah kehilangan banyak darah. Malah, kura-kura terbabit juga dikatakan dalam keadaan parah kerana kehilangan kakinya akibat kemalangan tersebut.

Latonya juga mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika memandu agar keadaan sama seperti ini tidak terjadi khasnya kepada haiwan-haiwan liar.
Sumber: Daily Star