Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anda Silap Jika Rasa Ini Adalah Bihun Atau Putu Mayam

Sekali pandang, menu hidangan ini saling tak tumpah bagaikan bihun ataupun putu mayam yang selalu menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

anda silap jika rasa ini adalah bihun atau putu mayam

Advertisement

Namun, ini bukanlah hidangan yang biasa anda lihat sebaliknya menu ini dikenali sebagai Shiltarae bingsu, atau manisan berupa ais yang dikisar.

anda silap jika rasa ini adalah bihun atau putu mayam

Manisan yang popular di Korea Selatan ini didakwa dicipta beberapa tahun yang lalu oleh sebuah kafe pencuci mulut yang berpusat di Seoul iaitu Tiravento dan sejak itu menjadi kegemaran penduduk disitu khasnya pengguna Instagram.

anda silap jika rasa ini adalah bihun atau putu mayam

Tidak dapat dinafikan daya tarikan visual makanan ini, kerana ais yang dikisar kelihatan bagaikan mie atau bihun, sebelum ia mulai mencair.

Setiap hidangan bingsu ini akan hadir bersama kacang merah, aiskrim dan kek. Malah, ia turut disertakan dalam pelbagai perisa seperti teh hijau, kopi, keju atau susu.

anda silap jika rasa ini adalah bihun atau putu mayam

Bila agaknya hidangan ini akan tiba di Malaysia ya?

Sumber: Oddity Central

ERA Muzik Hit Terkini