Sebelum ini pernah tular dilaman sosial apabila beberapa insiden yang melibatkan taman tema dilaporkan terjadi.
Terbaru, satu permainan di taman tema Panama City Beach, Florida telah putus pada kabel penariknya, sebelum ia dilancarkan ke udara.
Advertisement

Permainan yang diberi nama “Vertical Acceleator” itu telah dinaiki oleh dua orang penumpang yang duduk didalam gondola.

Sebaik sahaja kabel penarik ditegangkan, kabel yang dihubungkan kepada gondola itu telah putus, mungkin kerana tekanan melebihi pada tali penyambung.

Kedua-dua penumpang bernasib baik kerana ia terjadi sebelum mereka dilepaskan ke udara.
Sumber: ABC News