Hallyu Korea! Sebut sahaja Korea tentunya nama-nama seperti Red Velvet, EXO, Girls Generation dan F.T Island bermain di minda. Tu baru separuh nama kumpulan K-Pop, belum lagi drama-drama ratusan episod yang setia ditonton seperti Goblin, Legend Of The Blue Sea dan Moon Lover: Scarlet Heart Ryeo.
Korea memang hebat mencetuskan gelombang tersendiri dalam pelbagai perkara. Bukan sahaja hiburan, malah fesyen, produk kecantikan serta solekan mereka sering menjadi perhatian dan ikutan. Korang memang peminat setia K-Pop jika ada 7 benda yang sering digayakan oleh selebriti ternama Korea ini.
#1 K-Cantik
Advertisement

Kredit: Instagram @exo
Produk kecantikan dari Korea seperti mask, produk pencuci, BB krim dan foundation semakin mendapat tempat sejak kebelakangan ini. Korang tidak perlu ke Korea untuk mendapatkan produk penjagaan wajah mereka, cukup sekadar singgah di KIODA yang menawarkan pelbagai produk penjagaan wajah seperti Tonymoly I’m Real Mask dan W Dressroom Dress & Living Clear Perfume.


#2 Solekan

Kredit: Instagram @2ne1
Solekan yang menggunakan sensasi warna-warna terang seperti biru, ungu serta merah di bahagian mata dan bibir merupakan trend terkini wanita Korea.


#3 Cute Soft Toys

Kredit: Instagram @2ne1
Siapa yang tidak tertarik dengan barangan comel dan cute yang boleh dipeluk serta dikongsi di media sosial?

#4 Trend Penutup Mulut

Kredit: Instagram @Redvelvetofficial
Sarung kaki dan kasut serta penutup muka pelbagai rupa dan warna turut menjadi trend pilihan selebriti Korea.
#5 Beg Tangan

Kredit: Instagram @skullhong12
Selain digunakan untuk meletakkan barangan penting seperti telefon bimbit dan dompet, beg tangan juga bertindak sebagai pelengkap gaya.
#6 Kemeja/Jaket Besar

Kredit: Instagram @skullhong12
Bukan sahaja T-shirt ketat menjadi pilihan untuk dipadankan dengan seluar atau skirt, kemeja dan jaket besar dengan corak plain, jalur atau kotak-kotak tidak terkecuali daripada mendapat tempat di kalangan artis K-Pop.
#7 Aksesori

Kredit: Instagram @2ne1
Selain obses dengan aksesori kepala seperti topi dan skaf, mereka turut menggayakan beberapa bentuk cincin pada satu-satu masa.

Korang tak perlu pening-pening lagi untuk bergaya seperti artis K-Pop kegemaran. Barangan kosmetik, permainan, alat tulis serta barangan rumah boleh didapati di KIODA. KIODA yang diinspirasikan daripada frasa Korea “gwi yeop da” bermaksud cute, mempunyai 35 cawangan di Malaysia dan Singapura serta dalam proses memasuki pasaran Vietnam, India, Kazakhstan, Kemboja, Indonesia dan China. Korang boleh menikmati 70% daripada barangan dengan hanya RM10.

Sempena lebaran ini KIODA bukan sahaja memberikan sampul raya eksklusif dengan pembelian minima RM30. Tetapi antara Jun hingga Julai 2017, KIODA turut memberikan tawaran istimewa sempena ulang tahun mereka yang pertama melalui ‘ONE spending, EIGHT Chances’. Korang berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM100,000 dengan hadiah utama berupa tiket penerbangan pergi dan balik ke Korea serta duit poket RM2,000!

Ada lagi yang menarik! Korang turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik berupa produk iPhone 6S Plus, iPhone 7, jam tangan jenama G Shock dan baucer membeli belah KIODA bernilai sehingga RM300.
Semakin besar jumlah korang berbelanja di KIODA, semakin tinggi peluang untuk menyertai cabutan bertuah. Anda juga boleh menyertai cabutan bertuah untuk pembelian secara online di https://members.kioda.my/ yang menawarkan servis penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian RM50 dan ke atas. Jom serbu KIODA hari ini. Layari Facebook rasmi KIODA untuk maklumat lanjut dan klik di sini untuk mengetahui lokasi KIODA berhampiran dengan korang!