Skip to main content

Advertisement

Hiburan

1,500 Movie Dalam Satu Saat, Saintis Cipta Rekod Internet Paling Laju

Berapakah kelajuan internet yang anda rasa paling laju pernah anda capai?

Sekumpulan saintis dari Electronic and Electrical Engineering, Optical Networks Group, United Kingdom telah mencipta rekod tersendiri selepas mencipta kelajuan internet pada 178 Terabits per saat (Tbps).

Advertisement

1,500 movie dalam satu saat, saintis cipta rekod internet paling laju

Kelajuan ini adalah lima kali ganda lebih pantas berbanding rekod terdahulu yang dicipta oleh sekumpulan saintis di Jepun.

Dengan 178 Tbps, seseorang boleh memuatturun 1,500 filem jenis 4K dalam hanya satu saat.

Sambungan internet pada hari ini dibantu dengan kehadiran fiber optik, yang mana berupaya menghantar signal satu satu lokasi ke satu lokasi lain dengan lebih pantas, berbanding dengan kaedah konvensional yang menggunakan jaringan wayar.

1,500 movie dalam satu saat, saintis cipta rekod internet paling laju

Hasil kajian ini juga telah diterbitkan dalam IEEE Photonics Technology Letters pada 20 Julai lalu.

Sumber: IEEE Photonics Technology Letters

ERA Muzik Hit Terkini