Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cegah Terkena Jangkitan Coronavirus, Iran Batalkan Solat Jumaat

Iran merupakan negara kedua tertinggi jumlah kematian akibat jangkitan koronavirus atau Covid-19 selepas China, dengan 66 kematian setakat ini.

cegah terkena jangkitan coronavirus, iran batalkan solat jumaat

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Iran telah meminta pihak berwajib untuk membatalkan solat Jumaat dan ibadah berjemaah yang lain.

Advertisement

cegah terkena jangkitan coronavirus, iran batalkan solat jumaat

Arahan ini melibatkan solat Jumaat di 23 ibu negeri dan 31 wilayah di negara termasuk Tehran, bandar suci Qom dan Mashhad dibatalkna, menurut laporan Reuters.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran, Kianoush Jahanpour berkata, semua aktiviti yang melibatkan orang ramai harus dibatalkan sehingga menerima pemberitahuan yang selanjutnya.

Lebih membimbangkan, Naib Presiden Iran untuk Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dan Timbalan Menteri Kesihatan, keduanya juga telah dijangkiti Covid-19.

Untuk rekod, terdapat lebih 1,501 jumlah kes dilaporkan positif di Iran dengan 66 kematian akibat penyakit ini.

China mencatatkan 2,943 kematian dengan lebih 80 ribu pesakit positif Covid-19.

Sumber: Reuters

ERA Muzik Hit Terkini