Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Diserang Ancaman Belalang, Iran Terpaksa Guna Bantuan Tentera

Untuk tahun kedua berturut-turut, Iran diancam serangan belalang juta yang kini sudah menakluki bahagian selatan negara itu.

diserang ancaman belalang, iran terpaksa guna bantuan tentera

Disebabkan itu, negara terbabit terpaksa menggunakan khidmat tentera dalam usaha menghapuskan ancaman belalang juta yang telah memusnahkan hasil tannaman yang bernilai lebih RM30 bilion.

Advertisement

Ancaman belalang juta itu adalah yang paling dahsyat dalam tempoh berdekad-dekad, menambahkan lagi masalah kepada Iran yang kini sedang berperang dengan isu pandemik COVID-19. Kes jangkitan akibat COVID-19 di Iran setakat ini sudah mencecah 118,392 kes dengan 6,937 kematian.

diserang ancaman belalang, iran terpaksa guna bantuan tentera

Sehingga kini, belalang juta yang berasal dari gurun itu telah menyerang lebih 200,000 hektar kebun dan juga ladang di 31 wilayah seluruh Iran.

Kawasan yang terjejas meliputi timur Iran di sempadan Pakistan, hingga ke sempadan barat daya Iraq, dijangka meningkat sehingga satu juta hektar.

Bagi membantu dalam ancaman belalang ini, mereka terpaksa menggunakan khidmat tentera yang akan membantu dari aspek tenaga dan juga kenderaan bagi lokasi yang sukar diakses.

Terdahulu, spesis belalang juta ini telah menyerang kawasan Afrika Timur, sekaligus menimbulkan krisis bekalan makanan di wilayah itu.

afrika timur kini diserang belalang gurun, timur tengah dan asia selatan mungkin terkesan sama

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini