Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) Dibuka Untuk Pelancong Bermula 2020

Jika anda suka untuk mengembara ke serata dunia, anda kini boleh letakkan destinasi terbaru yang wajib anda lawati, iaitu Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

stesen angkasa antarabangsa (iss) dibuka untuk pelancong bermula 2020

Advertisement

Ia berikutan dengan pengumuman yang dibuat oleh Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang ingin membuka Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kepada pelancong bermula tahun 2020, dengan bayaran AS$35,000 (RM145,180) untuk satu malam.

Pengunjung dibenarkan untuk berada di ISS sehingga 30 hari sebagai angkasawan swasta.

Terdahulu, seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat, Dennis Tito, telah menjadi pelancong pertama yang menjejakkan kaki ke ISS dengan bayaran RM83 juta.

Adakah anda sudah bersedia untuk melawat angkasa lepas?

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini