Sepasang suami isteri dari China dirakamkan sedang keluar mencari rezeki dengan keadaan isterinya berada dalam bakul yang dipikul si suami.

Wanita berkenaan yang juga kurang keupayaan fizikal, menjadi mata kepada suaminya yang buta penglihatan.
Advertisement

Dikenali sebagai “basket couple” oleh penduduk setempat, pasangan Cao Shucai dan isterinya Xu Houbi mencari rezeki dengan menjadi pekebun di perkampungan Yong’an di Chongqing, China.

Cao hilang keupayaan melihat sejak tahun 1988, manakala Xu tidak boleh berjalan disebabkan penyakit. Hampir 3 dekad Cao membawa Xu dalam bakul yang dipikul olehnya kemana sahaja.
Sumber: Facebook