Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Belikan Rumah Baru, Isteri Tua Hantar Jentolak Robohkan Rumah Isteri Muda

Dek kerana rasa cemburu, seorang wanita yang juga isteri tua kepada seorang lelaki bertindak menghantar sebuah jentolak bagi merobohkan rumah madunya.

suami belikan rumah baru, isteri tua hantar jentolak robohkan rumah isteri muda
Kejadian berlaku di Desa Mangga Dua, Kabupaten, Indonesia itu dipercayai berlaki selepas isteri tua tidak puas hati suaminya membelikan rumah baharu untuk isteri muda.

Advertisement

Video yang tular dilaman sosial sejak minggu lalu juga mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.

“Isteri tua telah menghantar sebuah jentolak untuk meratakan rumah isteri muda.

“Dia (isteri tua) marah dan cemburu selepas mengetahui suaminya membelikan rumah baharu untuk madunya,” ujar Sugi, individu yang merakamkan kejadian itu.

Video berkenaan jelas menunjukkan suasana riuh penduduk kampung yang memanggil isteri muda yang juga didakwa hamil tiga bulan. Jengkaut juga dilihat merobohkan dinding dan juga bumbung rumah isteri muda itu sehingga rata.

Ramai juga yang mengecam tindakan isteri tua itu dan nekad melaporkan ia kepada pihak berkuasa. Kes masih lagi disiasat dan belum ada sebarang perkembangan mengenainya dilaporkan.

Sumber: Tribunnews

ERA Muzik Hit Terkini