Semalam tular satu video yang menunjukkan seorang guru dan juga ustazah sebuah sekolah agama dipaksa merangkak dalam kelas oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada seorang murid.

Video berdurasi 2 minit 17 saat itu telah mendapat perhatian ramai, termasuklah bekas Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik.
Advertisement
Sebagai seorang yang pernah berada dekat dengan guru, Maszlee meluahkan rasa kecewa melihat video tersebut sambil menyifatkan guru sebagai seorang insan yang tinggi martabatnya.

Baginya, perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi dan meminta agar guru dan ibu bapa merenung sejenak dan bersabar dengan apa yang berlaku.

Rakaman itu awalnya dimuat naik seorang pengguna Facebook bersama kapsyen ringkas yang menunjukkan rasa kesalnya atas apa yang berlaku.
“Cukup kurang ajar, sebagai parent (ibu bapa) awak telah menghancurkan hati semua guru di seluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu untuk anakmu.
“Mana Jabatan Pendidikan Malaysia, sila ambil tindakan buat insan ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambil masa seminggu handle (uruskan) sahaja untuk uruskan kelas, uruskan kerenah anak-anak murid,” katanya.
Sehingga kini masih belum ada apa-apa maklum balas daripada pihak sekolah mahupun si perakam berhubung perkara tersebut.
Sumber: Twitter / Gempak