Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Saya Ada Ramai Wanita Yang Hebat’, Jutawan Jack Ma Buka Rahsia Berjaya Dan Kaya

Nama Jack Ma memang tidak asing lagi buat kebanyakkan kita. Beliau merupakan seorang bekas pengasas Alibaba Group dan juga pengusaha pertama dari negara China yang masuk dalam majalah antarabangsa, Forbes.

‘saya ada ramai wanita yang hebat’, jutawan jack ma buka rahsia berjaya dan kaya

Baru-baru ini, Jack Ma telah ditanyakan tentang rahsia kejayaan beliau, dan jawapannya mudah iaitu ‘wanita’.

Advertisement

“Tiga puluh empat peratus ketua dalam syarikat Alibaba adalah wanita. Ini adalah rahsia kejayaan Alibaba”, kata CEO bersara itu pada sidang Forbes CEO Conference di Singapura baru-baru ini.

Menurut Jack Ma, peranan wanita dalam syarikatnya terdahulu sangat penting kerana pada Jack, kaum wanita “akan berjuang sepenuhnya untuk perkara yang mereka percaya”.

‘saya ada ramai wanita yang hebat’, jutawan jack ma buka rahsia berjaya dan kaya

“Sangat sukar untuk menyakinkan seorang wanita terhadap misi dan visi anda.

“Namun jika anda berjaya menyakinkan mereka tentang misi dan visi itu, mereka akan setia kepadanya sampai bila-bila”, kata Jack.

“Lelaki pula mudah datang dan pergi”, tambah Jack selamba apabila ditanya tentang pekerja lelaki.

Jack Ma menambah, kebanyakkan pelanggannya terdahulu juga merupakan dari kaum wanita kerana wanita akan membeli bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk suami, anak-anak dan ibubapa mereka. Berbeza pula dengan pelanggan lelaki, mereka hanya akan membeli untuk diri sendiri sahaja.

“Saya percaya jika kita ramai pemimpin dari kalangan wanita berjaya, dunia ini akan menjadi aman”, kata Jack Ma.

Sumber: Business Insider

ERA Muzik Hit Terkini