Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jackie Chan Dan John Cena Mungkin Bergabung Dalam Filem Project X

Bintang aksi terkenal, Jackie Chan dilaporkan akan bergabung bersama bintang WWE, John Cena dalam sebuah filem Project X.

jackie chan dan john cena mungkin bergabung dalam filem project x

John Cena dikatakan akan menggantikan watak utama yang dibawakan oleh Sylvester Stallone dalam filem yang hanya dikenali sebagai Project X.

Advertisement

jackie chan dan john cena mungkin bergabung dalam filem project x

Bintang WWE ini semakin mendapat perhatian selepas berlakon dalam beberapa filem Hollywood seperti Sisters, Trainwreck dan Blockers.

Project X adalah nama sementara yang digunakan menggantikan tajuk Ex-Baghdad, diarahkan oleh pengarah Need for Speed, Scott Waugh dan ditulis oleh Arash Amel.

Walaupun Stallone masih belum memberikan kata putus mengenai pengunduran dirinya dalam filem tersebut, nama John Cena sebagai pengganti dilihat sangat sesuai untuk bergandingan dengan Jackie Chan.

jackie chan dan john cena mungkin bergabung dalam filem project x

Sumber: Screenrant

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini