Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jadi Pekak Dua Hari Lepas Cuba Mi Segera Terlampau Pedas

Seorang lelaki menyesal dengan tindakannya teringin mencuba mi segera Korea Selatan yang didakwa menyebabkannya pekak selama beberapa hari kerana terlampau pedas.

jadi pekak dua hari lepas cuba mi segera terlampau pedas

Reemul Balla, yang juga merupakan seorang penulis berkata, beliau dan keluarga memang didedahkan dengan makanan pedas sejak dari kecil.

Advertisement

Selepas menonton video seorang Youtuber terkenal memakan 15 bungkus mi jenama berkenaan, perasaan ingin tahu membuatkannya mencuba untuk merasai kepedasan mi itu.

Katanya, pada awalnya ia enak dimakan namun bertukar pedas tidak lama kemudian. Balla juga tidak mampu menghabiskan separuh daripada hidangan itu.

jadi pekak dua hari lepas cuba mi segera terlampau pedas

Akibatnya, beliau hilang deria rasa selama beberapa hari dek kerana makan mi yang terlampau pedas.

"Tubuh terasa kebas terutama jari saya. Wajah saya terasa panas. Sebelah telinga juga sakit hingga saya beranggapan ada jangkitan dalam telinga.

"Rahang saya juga sakit dan sebelah pendengaran saya sudah terganggu. Saya terpaksa menitiskan beberapa titik minyak zaitun di lidah untuk kurangkan rasa sakit itu," katanya.

Sumber: The Sun

ERA Muzik Hit Terkini