Sejak dari kecil kita diajar untuk memakai kasut atau selipar ketika berada diluar rumah bagi mengelakkan kita terkena penyakit.

Namun, menerusi kajian saintifik oleh pakar daripada Universiti of Pittsburg, Dr. James Oschman dan beberapa penyelidik lain, berkaki ayam banyak mendatangkan manfaat pada tubuh badan manusia.
Advertisement
Dikenali sebagai ‘grounding’ atau ‘earthing’, proses yang melibatkan sentuhan kaki terus ke permukaan bumi secara langsung melibatkan proses penukaran cas elektron dalam badan, seterusnya bertindak sebagai bekalan anti-oksidan.

Kajian lain juga menunjukkan jalan kaki ayam boleh meningkatkan metabolisma protin, seterusnya mengimbangkan kadar nitrogen dalam badan. Selain itu, berkaki ayam juga dikatakan mampu bertindak sebagai anti-penuaan dan baik untuk tidur yang lena.
Sumber:
Scientific Research Publishing
Earthing: Health Implications of Reconnecting the Human Body to the Earth’s Surface Electrons