Sempena dengan aksi pertama Piala AFF Suzuki 2018, Malaysia menentang Thailand, Sabtu ini, beberapa jalan sekitar Stadium Bukit Jalil akan ditutup sementara dan dilencongkan.
Antara jalan yang ditutup adalah seperti Lebuhraya KESAS susur ke Jalan Merah Caga bagi kedua-dua arah, Jalan Barat ke Jalan Merah Caga dan Puchong Link ke Jalan Barat dari kedua-dua arah.
Advertisement

Dipetik daripada Awani, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, dijangkakan seramai 80,000 peminat akan membanjiri Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan itu.
Orang ramai dinasihatkan juga untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium kerana jumlah parkir adalah terhad disekitar Bukit Jalil.
Sumber: Awani
