Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jalan Bertingkat Bernilai Jutaan Ringgit Tiada Guna Kerana Tiada Simpang Keluar

Sebuah jalan raya bertingkat dekat Avonmouth, Bristol di England sudah pun siap dibina, namun tiada gunanya kerana ia tidak mempunyai jalan untuk keluar.

jalan bertingkat bernilai jutaan ringgit tiada guna kerana tiada simpang keluar

Jalan raya bertingkat yang dikenali sebagai M49 ini mempunyai nilai lebih 50 juta Euro (~kira-kira RM 249,763,085.75) ini dibina oleh syarikat Delta Properties, dengan tujuan asal untuk mengurangkan kesesakkan trafik pada lebuhraya utama mereka.

Advertisement

jalan bertingkat bernilai jutaan ringgit tiada guna kerana tiada simpang keluar

Jalan berkenaan terletak di selatan Western Approach Distribution Park dan barat Easter Compton, sepatutnya juga menghubungkan beberapa tarikan utama disitu termasuklah syarikat gergasi Amazon dan juga Tesco kepada jalanraya.

Mempunyai laluan berturap kira-kira 8 kilometer panjang ini dilihat tiada gunanya kerana ia tidak mempunyai jalan untuk keluar, sebaliknya hanyalah satu bulatan besar yang mengelirukan.

jalan bertingkat bernilai jutaan ringgit tiada guna kerana tiada simpang keluar

Bagaimanapun menurut jurucakap Highway England, jalanraya bertingkat itu masih lagi dalam proses pembinaan dan sedang berbincang bersama pemaju.

Sumber: Bristol Live

ERA Muzik Hit Terkini