Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jambatan Gantung Terpanjang Di Dunia Mula Dibuka Di Portugal

Jambatan terpanjang di dunia yang merentasi Sungai Prava di Portugal mula dibuka kepada pengunjung minggu lalu.

Jambatan Arouca 516 ini berukuran lebih 516 meter panjang dan memegang rekod dunia sebagai jambatan terpanjang di dunia setakat ini.

Advertisement

jambatan gantung terpanjang di dunia mula dibuka di portugal

Pada minggu lalu, orang awam mula mengunjungi tarikan baharu ini dan kebanyakan daripada penduduk tempatan.

Menurut Datuk Bandar Arouca, Margarida Belem, jambatan dengan ketinggian 175 meter itu mampu menampung sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

jambatan gantung terpanjang di dunia mula dibuka di portugal

Malah, beliau menyifatkan jambatan yang menyeberangi sungai itu sebagai satu binaan yang unik.

Jambatan yang tersembunyi di antara pergunungan itu juga akan menjadi satu lagi tarikan tambahan buat sektor pelancongan di Portugal.

Sumber: Reuters

ERA Muzik Hit Terkini