
James Cameron yang merupakan pengarah filem Titanic berkata dia merasa hiba dengan kejadian yang menimpa kapal selam Titan di laut Atlantik yang mengorbankan lima nyawa penumpang.
Advertisement
Dari pengalamannya menjadi seorang pengarah filem Titanic, dia berkata dia telah melakukan sebanyak 33 kali selaman ke lokasi di mana Titanic telah karam. Selepas mendapat tahu kapal Titan kehilangan sistem pemanduan dan komunikasi secara serentak, dia telah menjangkakan sesuatu yang buruk telah terjadi kepada kapal selam tersebut.
"Saya dapat merasakan hingga ke dalam tulang apa yang telah berlaku. Kegagalan sistem elektronik dan komunikasi dan pengesan jejaknya gagal serentak - kapal selam itu hilang."
"Komunikasi mereka terputus dan navigasi hilang… dan saya segera berkata, anda tidak boleh kehilangan komunikasi dan navigasi secara serentak tanpa bencana yang dahsyat atau peristiwa bencana yang sangat energetik. Dan yang pertama terlintas dalam fikiran saya ketika itu ialah letupan," ujar beliau lagi.
Malah dari laporan CBS News, seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat memberitahu pasukan mereka mengesan kejadian aneh sebaik Titan terputus hubungan dengan pusat kawalan.
Sumber: Astro Awani