Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Ambil Mudah Tip Keselamatan Daripada Hero Anda, Spider-Man

Siapa yang tidak kenal dengan Abang Spider-Man? Dia mampu selamatkan dunia dengan kuasa labah-labah yang dimiliki. Lagi awesome, dia pernah muncul dalam filem Captain America: Civil War, gabungan pertama dengan adiwira Avengers.

Macam-macam jenayah pernah ditumpaskan, trick penjenayah pun di hujung jari. Jadi tidak hairanlah jika Abang Spider-Man ingin berikan tip keselamatan yang mesti anda ikuti untuk melindungi diri dan keluarga anda daripada menjadi mangsa penjenayah.

#1 Kunci pintu! Tidak kiralah anda berada di dalam rumah tidak. Pastikan pintu sentiasa dikunci dan jangan benarkan orang tidak dikenali masuk ke rumah.

Advertisement


#2 Jangan tinggalkan barangan berharga atau sebarang beg yang boleh tarik penjenayah di dalam kereta. Letak beg tangan atau beg bimbit di lantai kereta.


#3 Jalan di kawasan yang terang, elakkan jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.


#4 Pastikan kesemua pintu kereta telah dikunci dan kesemua penumpang serta pemandu sudah memakai tali pinggang sebelum memulakan perjalanan.


#5 Anda kaki media sosial? Jangan dedahkan maklumat peribadi di laman sosial. Awasi apa yang anda update, post dan kongsikan di sosial media.


#6 Jangan bermain telefon ketika melintas jalan. Tengok kanan, kiri dan kanan sebelum melintas. Fokus pada pemanduan. Usah bermain telefon ketika memandu.


#7 Penunggang motosikal, pastikan helmet, brek kaki dan tangan berfungsi dengan baik. 


#8 Tutup semua tingkap dan kunci pintu kereta ketika berurusan di pam minyak.


#9 Jangan bawa cash yang banyak, sebaiknya lakukan urusan menggunakan pemindahan antara bank atau menggunakan cek.


Tak cukup dengan tip keselamatan daripada Abang Spider-Man ni? Anda boleh saksikan kehebatan Spider-Man dalam filem terbaharunya Spider-Man: Homecoming yang bakal menemui anda 6 Julai ini. 

ERA Muzik Hit Terkini