Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Nasihat Orang Ramai Jangan Beli Face Mask Di Laman Sosial

Ketika orang ramai sedang sibuk 'melawan' penularan wabak COVID-19, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan keatasnya dengan menjual penutup mulut dan hidung palsu.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli face mask melalui laman sosial bagi mengelakkan ditipu.

Advertisement

polis nasihat orang ramai jangan beli face mask di laman sosial

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan daripada kekurangan bekalan itu berikutan tularnya COVID-19.

“Oleh itu, sebaiknya menyemak latar belakang penjual atau laman sosial sebelum membuat sebarang pembayaran secara atas talian.

“Walaupun tiada kes dilaporkan di Pahang setakat ini, orang ramai tidak boleh terpedaya dengan sebarang tawaran atau jualan berkaitan penutup hidung dan kecuali yang disahkan,” katanya kepada pemberita.

Baru-baru ini, tiga individu di Kedah dilaporkan kerugian RM15,000 selepas ditipu ketika membuat pesanan face mask secara atas talian.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini