Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Beri Alasan Cuti Hari Ahad Untuk Tidak Patuh PKP

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar orang ramai patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setiap hari, termasuklah hujung minggu.

sorok isteri dalam but kereta ketika pkp, lelaki ditahan pihak berkuasa

Menurut beliau, berlaku peningkatan individu ditahan pada hari Ahad iaitu seramai 554 orang bersamaan 51 peratus peningkatan berbanding hari lain.

Advertisement

“Semalam hari Ahad dan mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar pada hari minggu.

“Saya berharap semua bercuti setiap hari dan bukan pada hari minggu sahaja.

“Tolong jangan ambil kesempatan untuk keluar beramai-ramai pada hari minggu,” katanya seperti dipetik dari Awani.

Ekoran daripada peningkatan jumlah tahanan pada hari Ahad, tindakan dan pemeriksaan lebih tegas akan dilakukan oleh polis sepanjang PKP masih lagi berkuatkuasa.

“Tindakan keras oleh polis telah bermula. Oleh itu, jangan langar perintah dan arahan di bawah PKP yang dikeluarkan. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas kepada mereka yang masih tetap mengingkari arahan PKP,” tegas beliau.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini