Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Guna Vakum Untuk Cuci 8 Benda Ni

jangan guna vakum untuk cuci 8 benda ni

Nak bersihkan apa sahaja memang mudah jika menggunakan vakum. Sedut je segala apa yang ada dah siap. Tapi perlu diketahui ada beberapa benda yang mesti dielakkan sedut menggunakan vakum. 

1. Makanan Basah

Advertisement

Sedut makanan basah menggunakan vakum hanya akan menyebabkan vakum anda rosak. 

2. Abu rokok

Abu rokok sangat halus, walaupun disedut menggunakan vakum ianya boleh terbang keluar semula dari belakang vakum. 

3. Duit syiling

Vakum duit syiling atau barang mainan kecil boleh menyebabkan motor vakum rosak. 

4. Cecair

Sekiranya air tumpah, seeloknya dilap bukan divakum. Bimbang nanti terkena renjatan elektrik pula !

5. Pasir atau tanah

Pasir yang tertinggal dari penyedut vakum boleh melekat pada karpet jika anda guna semula. Manakala tanah yang basah pula boleh merosakkan motor vakum dan mengotorkan beg hampas.

6. Rambut

Rambut kalau dah terlalu banyak gugur ia akan berkumpul dan jadi gumpalan. Sama juga sekiranya anda vakum rambut ianya akan bergumpal dan bautkan vakum tersumbat. 

7. Kaca

Kaca yang pecah adalah sangat tajam. Sekiranya divakum boleh menyebabkan vakum rosak dan bocor. Sapu dan kutip elok elok ya ?

8. Habuk mekap

Mekap yang pecah agak susah nak dicuci sekiranya terkena atas karpet. Vakum juga boleh kotor sekiranya menyedut habuk mekap ni. 

Sumber: Wanista

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini