Malaysia mencatatkan hanya 54 kes baru jangkitan COVID-19 pada Sabtu, 18 April, menjadikan ia antara kes terendah jangkitan setakat ini.
Meskipun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masyarakat perlu meneruskan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun kes positif semakin berkurang.
Advertisement

“Rakyat Malaysia perlu terus patuh kepada Perintah Pergerakan Kawalan (PKP), walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif namun masyarakat masih perlu berada di rumah.
"Selain itu, mereka harus mengamalkan jarakan sosial yang selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain, dan terus mengamalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan,” katanya.
Tambahnya lagi, pematuhan kepada PKP adalah sangat penting dalam usaha kita untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 agar ia tidak menjadi sia-sia.
Sumber: Awani