Hack atau godam merupakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu. Ada banyak modus operandi yang berlaku masa kini, dan terbarunya adalah menerusi perkhidmatan WhatsApp.
WhatsApp merupakan salah satu aplikasi yang digunakan secara meluas masa kini. Disebabkan itu, pengodam mula mensasarkan aplikasi ini, seperti yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter, @chuannyboy.
Advertisement

Menurut Chuan, beliau pada awalnya menerima mesej berkenaan yang disangka rakan universitinya.
Tanpa menyedari bahawa ia adalah scam, Chuan berkongsi kod 6 digit kepada ‘rakan’ nya itu, dan secara tiba-tiba WhatsApp nya telah di log-keluar.
HOW IT HAPPENED
— Rii-Chuan™ (@chuannyboy) November 18, 2020
1. I received the exact message from my uni friend
2. Once I shared it, I got logged out of my WhatsApp immediately and it needed verify my phone number
3. After I requested for the 6 digit code, I received a call from the States but it was in another language
Beliau kemudian cuba untuk memasuki WhatsApp nya kembali, dan menerima panggilan telefon daripada Amerika Syarikat namun dalam bahasa lain selama 30 saat.
4. The call went on for 30 seconds and that's it
— Rii-Chuan™ (@chuannyboy) November 18, 2020
5. I requested for the code again and this happens pic.twitter.com/xQwmfnlDVQ
Tidak putus asa, beliau cuba meminta kod untuk log masuk akaun WhatsApp nya kembali dan menerima SMS dalam bahasa Sepanyol.
Just to add on, I received this text too 🤷♂️ pic.twitter.com/VXhRQ8j4Nf
— Rii-Chuan™ (@chuannyboy) November 18, 2020
Masalah sama turut berlaku kepada pemilik akaun @ainailmii yang berkongsi tangkapan layar Whatsapp group dimana rakannya juga menjadi mangsa sedemikian. Lebih menyedihkan, rakannya menggunakan nombor tersebut untuk pembelajaran dan juga bisnes atas talian. Akibat dari itu, rakannya mengalami kerugian besar.

Member baru je kena, dah la dia buat online bisnes habis group uni n chat customer 🥲 pic.twitter.com/YrX26P9i6X
— jajalajimolala (@ainailmii) November 18, 2020
Bagi mengelakkan masalah ini daripada berlaku, semua pengguna WhatsApp dinasihatkan untuk meningkatkan keselamatan aplikasi tersebut dengan mengaktifkan ‘two-step verification’ pada bahagian setting.

Sumber: World of Buzz / Twitter