Selain daripada menyekat penularan wabak COVID-19, penyebaran berita palsu juga perlu dikawal kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan dan juga panik kepada orang ramai.

Menerusi Pasukan Respon Pantas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita palsu yang kini tular dilaman sosial.
Advertisement
Berikut adalah beberapa berita palsu yang kini sedang tular dimedia sosial hari ini:
1. Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pembayaran melalui kad dibekukan bagi perniagaan non-essentials mulai 27 Mac sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
2. Pihak Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan tentang penggunaan wad di hospital berkenaan bagi menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 walaupun telah diwartakan sebagai hospital saringan dan untuk pesakit non COVID-19.
3. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan posting berkaitan penjualan pakaian bundle milik orang yang telah meninggal dunia akibat COVID-19
Dapatkan pengesahan maklumat yang anda perolehi kepada KKMM pada pautan https://sebenarnya.my/
Sertakan juga link URL dan kandungan mesej yang anda terima untuk pengesahan maklumat.
Tak pasti, jangan kongsi!
Sumber: KKMM