Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Meskipun Menanggung Rindu, Jangan Sesekali Terfikir Untuk Rentas Negeri

Jika anda terfikir-fikir untuk cuba merentas negeri, ketahuilah bahawa tindakan anda itu boleh berakhir dengan hukuman dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

meskipun menanggung rindu, jangan sesekali terfikir untuk rentas negeri

Ketika ini, sebanyak 144 sekatan jalan raya sedang giat dilaksanakan di semua plaza tol dan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan telah menahan 44 individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Advertisement

Meskipun menanggung kerinduan setelah sekian lama tidak berjumpa keluarga sejak PKP fasa pertama dilaksanakan 18 Mac lalu, orang ramai perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan atau tidak ia boleh meyumbang risiko kepada keluarga masing-masing sekiranya ingkar.

Sebelum ini, kebenaran diberikan kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja untuk merentasi negeri, namun bagi golongan bujang kelonggaran itu masih belum diberikan lagi.

Dengan kemudahan teknologi masa kini, diharapkan agar ia menjadi medium perantaraan yang menghubungkan anda bersama yang jauh dimata buat sementara waktu.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini