Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penularan Wabak COVID-19, Janganlah Kita Salahkan Jemaah Tabligh

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berharap orang ramai tidak mempersalahkan jemaah tabligh ekoran daripada tularnya wabak COVID-19 di negara ini.

penularan wabak covid-19, janganlah kita salahkan jemaah tabligh

Sebaliknya, orang ramai diminta untuk membantu mengawal penularan wabak ini dengan mematuhi kepada Perintah Kawalan Pergerakan dan juga pihak berkuasa.

Advertisement

"Merujuk kepada jagkitan COVID19 iaitu kadar jangkitan adalah 20 peratus daripada jumlah keseluruhan. Janganlah kita persalahkan jemaah tabligh. Janganlah kita diskriminasikan jemaah tabligh.

"Apa yang penting ialah kita membantu dan mengesan dan mengawal COVID-19 di kalangan jemaah tabligh dan kontak mereka," katanya.

Tambahnya lagi, gelombang pertama COVID-19 mudah dikesan kerana ia berkaitan dengan warganegara China. Sebaliknya berbeza dengan gelombang kedua kerana ia melibatkan beberapa kluster, termasuk rantaian jangkitan yang melibatkan jemaah tabligh.

"Apa yang lebih penting ialah ada kluster-kluster kecil dan kami sedang melihat kepada kluster generasi pertama, kedua dan ketiga berkaitan dengan jemaah tabligh.

"Itulah sebab 986 jemaah tabligh dikenal pasti positif COVID-19 dan mungkin menjangkiti generasi pertama, kedua dan ketiga. Kita ada rantai jangkitan berkenaan dan mungkin ke jangkitan ke generasi keempat," ujar beliau dalam satu sidang media baru-baru ini.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini