Individu yang memasuki premis perlu menulis nama sebenar dan juga nombor telefon dan bukannya nama samaran, panggilan atau nama olok-olok.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, terdapat laporan bahawa ada individu yang menulis bukan namanya sendiri seperti nama Badang, Superman dan Batman.
Advertisement

Jelasnya, tindakan berkenaan bakal mengundang masalah kepada premis untuk menghubungi pelanggan sekiranya ada kes positif COVID-19 dikesan dalam premis terbabit.
“Kita dah putuskan bahawa hanya perlu nama dan nombor telefon kerana tujuan jika berlaku apa-apa, katakan ada positif COVID-19, kita boleh hubungi mereka yang meninggalkan nombor telefon dan yang datang ke premis tersebut.
“Tapi saya difahamkan ramai orang tak beri nama yang betul, tak beri nombor telefon betul. Dia tulis sendiri, ada tulis nama dia badang, superman, batman, macam-macam. Jadi kalau jadi apa-apa, tak boleh nak hubungi dia.
“Sebab itu ada sesetengah premis mungkin meminta nama kad pengenalan supaya nama sebenar boleh diketahui. Jadi saya harap pengunjung premis perniagaan tulis nama dan nombor telefon sebenar,” katanya.
Selain itu, satu survey dijalankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati sebanyak 74 peratus daripada 215,712 responden hanya akan menyambut Hari Raya bersama keluarga di dalam rumah masing-masing dan tidak membenarkan orang luar beraya bersama.
Sumber: Awani