Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes jangkitan paru-paru dilaporkan. Apa yang menyebabkan jangkitan paru-paru ini terjadi?
99 Orang Asli dari Kuala Koh dirawat krn menunjukkan gejala dan disyaki mendapat jangkitan kuman di paru-paru (Pneumonia).
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 10, 2019
Pecahan:
44 (pesakit luar)
37 (Hosp.Gua Musang)
12 (Hosp Kuala Krai)
1 (HRPZll)
3 (RIKA).
Semua stabil, hanya seorang dirawat wad intensif. - @DrDzul pic.twitter.com/EriGjc8ORd
Jangkitan kuman di paru-paru melibatkan saluran pernafasan (broncitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Advertisement
Jangkitan kuman pada paru-paru ini terjadi disebabkan oleh virus atau bakteria. Ia biasa terjadi pada kanak-kanak dan orang-orang tua.

Secara amnya, seseorang yang dijangkiti kuman pada paru-paru akan mengalami:
- Demam panas.
- Batuk dengan atau tanpa kahak.
- Sakit dada.
- Tiada selera makan, tidak mahu makan.
- Rasa tidak sihat, sering merengek.
- Pernafasan laju atau susah bernafas.
- Muntah atau cirit-birit.
Sebagai langkah pencegahan, seseorang itu boleh mengamalkan amalan cara hidup sihat, menjaga kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Selain itu, pengambilan imunisasi dan vaksin juga boleh mencegah jangkitan kuman, seperti:
- Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).
- Vaksin influenza – untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.
- Vaksin pneumococcal – untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.
Anda disarankan segera bertemu doktor jika anda merasakan gejala-gejala diatas.
Jangkitan kuman di paru-paru atau Pneumonia boleh berjangkit melalui pernafasan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 10, 2019
Hadkan hubungan anda dengan mereka yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit ini. pic.twitter.com/MRqQbqROkV
Sumber: KKM Putrajaya
