Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelik Tapi Benar! Dua Pulau Ni Jarak Hanya 3.8 KM Tapi Perbezaan Waktu 12 Jam!

Tahukah anda, dua buah pulau yang terletak bersebelahan antara satu sama lain pada jarak 3.8 kilometer ini mempunyai beza waktu yang sangat ketara iaitu selama 12 jam.

pelik tapi benar! dua pulau ni jarak hanya 3.8 km tapi perbezaan waktu 12 jam!

Dikenali dengan nama Big Diomede dan Little Diomede, kedua-dua pulau ini terletak di kawasan tanah besar Alaska dan Siberia di Selat Bering.

pelik tapi benar! dua pulau ni jarak hanya 3.8 km tapi perbezaan waktu 12 jam!
 
Meskipun ia sangat berdekatan, pulau Big Diomede adalah pulau milik negara Rusia, manakala pulau Little Diomede adalah milik Amerika Syarikat. Maka, perbezaan waktu antara dua pulau ini adalah mengikut kepada negara masing-masing iaitu 12 jam beza.


Segalanya dikatakan berpunca daripada ‘Perang Dingin’ kedua negara itu pada tahun 1947, sekaligus memisahkan kedua-dua pulau ini. Maka, garisan tarikh antarabangsa menjadi pembatasan antara Rusia dan AS.

pelik tapi benar! dua pulau ni jarak hanya 3.8 km tapi perbezaan waktu 12 jam!
 
Jika anda berada di pulau Big Diomede pada 9 pagi Jumaat, maka waktu di Little Diomede adalah sekitar 12 tengah hari Khamis.

pelik tapi benar! dua pulau ni jarak hanya 3.8 km tapi perbezaan waktu 12 jam!
 
Sementara pulau Big Diomede hanya didiami oleh kemudahan ketenteraan Rusia, berbeza dengan pulau Little Diomede yang mempunyai sekitar 118 orang penduduk disini.

pelik tapi benar! dua pulau ni jarak hanya 3.8 km tapi perbezaan waktu 12 jam!

Advertisement

Sumber: Kompas.com, Wikipedia

ERA Muzik Hit Terkini