Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

jasad pemain badminton china masih disimpan di hospital yogyakarta

Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, masih belum dituntut oleh pihak keluarganya sehingga kini.

Advertisement

Sebelum ini, Zhi Jie meninggal dunia sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu.

Sehingga semalam sudah masuk 24 hari, jasad atlet China yang mengalami masalah jantung terhenti itu tersimpan di Hospital RSUP Dr Sardjito, Sleman, Yogyakarta.

Jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy, juga telah mengesahkan bahawa jasad Zhang Zhi Jie masih berada di RSUP Dr Sardjito hingga Rabu (24 Julai).

Walaupun begitu, pihak keluarganya telah meminta agar jasad Zhang Zhi Jie tetap berada di hospital berkenaan buat sementara waktu.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini