Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ditanya Perlu Atau Tidak Sambung PKP, Ini Jawapan Ketua Pengarah Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah diajukan soalan berkenaan keperluan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir Selasa depan.

ditanya perlu atau tidak sambung pkp, ini jawapan ketua pengarah kesihatan

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan cadangan dan beberapa pilihan, namun keputusan untuk meneruskan PKP atau tidak bergantung kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet.

Advertisement

"KKM bersandar kepada fakta dan sains jadi bukan bergantung kepada pendapat saya. Kita telah melihat laporannya dan memerlukan sehari dua untuk analisa data.

"Setahu KKM, tidak ada perkembangan mendadak yang dilihat dalam kes ini. Walaupun kita tidak menang dan tidak lagi kalah dalam memerangi wabak ini, apa yang penting adalah untuk kita monitor rapat dan perlu ada proposal," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini COVID-19, siang tadi.

Setakat hari Rabu, 8 April 2020, terdapat 156 lagi kes jangkitan COVID-19 yang baru direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 4,119 kes.

covid-19: dua kematian pada rabu, jumlah keseluruhan kini 4,119

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini