Jawatankuasa Olimpik menggesa atlet untuk berhenti menggigit pingat yang dibuat daripada telefon bimbit kitar semula.
Pingat digigit ketika atlet memenangi acaranya selepas mendengar lagu kebangsaan pasti menjadi kebiasaan setiap atlet sukan.
Advertisement

Namun, ramai warganet yang bimbang akan kebiasaan itu dan jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 juga mengingatkan bahawa hadiah kemenangan itu tidak seharusnya digigit.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi Tokyo 2020, pihaknya mahu atlet tidak menggigit pingat yang diperbuat daripada barang terpakai itu.
“Kami hanya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh dimakan.

“Pingat kami dibuat daripada bahan yang dikitar semula daripada alat elektronik yang disumbangkan oleh masyarakat Jepun.
“Jadi, anda tidak perlu menggigitnya... tetapi kami tahu anda masih akan melakukannya.” tulisnya.
Antara atlet yang menggigit pingat mereka di Tokyo adalah Anastasija Zolotic dari AS, yang memenangi emas dalam taekwondo 57kg; Ryan Murphy, setelah dia mendapat tempat pertama 100 meter kuak lentang; dan penerjun Great Britain, Tom Daley.
You got to take the wrapper off first to get to the chocolate on the inside! 🍫😆
— #Tokyo2020 (@Tokyo2020) July 26, 2021
A huge congratulations to every medallist, athlete, official, volunteer, and the fans who made today special.
We can't wait to do it all over again on Day 4⃣ of #Tokyo2020 #UnitedByEmotion pic.twitter.com/MI40LOS12P
Sumber: Awani