Final Piala Malaysia 2019 yang juga merupakan edisi ke-93 telah pun berakhir malam tadi (2 November) dengan menyaksikan kemenangan buat pasukan JDT keatas Kedah dengan jaringan 3-0.
![[video] helang merah tersungkur, jdt juara piala malaysia 2019](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/nov-19/foto.jpg)
Advertisement
Skuad Kedah yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak dilihat sukar untuk menembusi pertahanan JDT selepas JDT membuat dua jaringan pada separuh masa pertama oleh Leandro Velazquez (26') dan sepakan percuma oleh Safawi Rasid (35')
26’| GOL LEANDRO!
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 2, 2019
JDT membuka jaringan dalam perlawanan pada malam ini dengan gerakan menarik dari sebelah kiri disudahkan oleh Leandro Velasquez!@official_kfa 0-1 @OfficialJohor #PialaMalaysia2019 #MFLLive#KEDJDT pic.twitter.com/rnWP7k1Sul
35’| GOL SAFAWI!
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 2, 2019
JDT menambah jaringan dalam perlawanan ini selepas menyempurnakan sepakan percuma baik menewaskan Ifwat Akmal!@official_kfa 0-2 @OfficialJohor #PialaMalaysia2019 #MFLLive#KEDJDT pic.twitter.com/S4xyWhx5Iw
Perlawanan diteruskan pada separuh masa kedua dan JDT menambah satu lagi jaringan menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-58. Perlawanan berakhir dengan 3 gol berbalas kosong.
58’| GOL SYAFIQ!
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 2, 2019
Syafiq Ahmad menambah jaringan buat JDT untuk gol ketiga mereka pada malam ini!@official_kfa 0-3 @OfficialJohor #PialaMalaysia2019 #MFLLive#KEDJDT pic.twitter.com/E99XrbDKyu
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan ke-2 buat pasukan JDT menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah pada tahun 2017 sejak penjenamaan baharu pasukan tersebut.
Kredit: Malaysian Football League