
Adakah anda penggemar jejari isi ketam berwarna merah putih ini? Jika ya, tahukah anda bahawa jejari ketam ini langsung tidak menggunakan isi ketam ketika proses penghasilannya.
Advertisement

Menurut Science Insider, jejari ketam ini dihasil dengan menggunakan pes ikan yang dikenali sebagai ‘surimi’ yang dihasilkan daripada ikan pollock.



Bahan lain seperti gula, kanji, putih telur, dan perisa ketam sebagai penambah rasa kepada jejari ketam digunakan bersama isi ikan tadi ketika diproses sebelum menjadi jejari ketam yang kita makan sekarang.
Jejari ketam juga tidak mempunyai khasia seperti ketam sebenar.
Sumber: Sciene Insider
